Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
BERSATU jamin khidmat guru Kafa tak akan ditamatkan

Perkhidmatan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) tidak akan ditamatkan kerana mereka penting untuk memberikan pendidikan agama Islam kepada pelajar sekolah rendah, kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Kamaruddin Mohd Noor.

Beliau berkata partinya akan mempertahankan jika ada mana-mana pihak yang cuba untuk menamatkan perkhidmatan mereka.

“Khidmat mereka penting untuk memberikan pendidikan agama peringkat awal kepada murid-murid sekolah rendah termasuk untuk mengenali bacaan Al Quran,” katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra dengan lebih 300 guru KAFA di Pasir Puteh, hari ini.

Kamaruddin yang juga Pengerusi Bersatu Negeri Kelantan berkata dakwaan sesetengah pihak kononnya perkhidmatan guru Kafa akan ditamatkan oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan hanya andaian bagi memburukkan kerajaan Persekutuan itu.

Bagaimana pun beliau berkata prestasi perkhidmatan setiap guru Kafa akan dinilai bagi membolehkan kontrak perkhidmatan mereka disambung.

- Bernama

Lihat Komen
ADS