Husam: Penyokong PAS tahan tiga bas pengundi hantu
Terjemahan Para penyokong PAS telah menahan tiga buah bas yang disyaki membawa "pengundi hantu" ke Pengkalan Pasir, kata Naib Presiden parti itu, Husam Musa.
Katanya, ketiga-tiga buah bas tersebut ditahan malam tadi di tiga tempat berasingan pada sekitar jam 11 malam hingga 3 pagi.
Terjemahan Para penyokong PAS telah menahan tiga buah bas yang disyaki membawa "pengundi hantu" ke Pengkalan Pasir, kata Naib Presiden parti itu, Husam Musa.
Katanya, ketiga-tiga buah bas tersebut ditahan malam tadi di tiga tempat berasingan pada sekitar jam 11 malam hingga 3 pagi.
Dalam kejadian pertama di kampung Kubang Bemban, katanya, para penyokong PAS menahan sebuah bas yang membawa kira-kira 30 orang yang berasal dari Kedah. Mereka mendiami sebuah rumah di sekitar kawasan tersebut.
"Empat daripada mereka apabila ditanya oleh para petugas PAS apa tujuan mereka di situ, mereka menjawab mereka datang untuk mengundi," jelas Husam.
Menurut beliau, keempat-empat mereka kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang sedang menunggu di situ.
"Ini menyebabkan penduduk tempatan berasa curiga dengan kehadiran mereka lalu mengawal rumah berkenaan bagi memastikan penghuni lain tidak melarikan diri," katanya.
Menurut beliau , selepas berbincang, kumpulan yang disyaki "pengundi hantu" itu kemudian bersetuju untuk dihantar ke balai polis berdekatan.
Katanya lagi, situasi di balai polis Pasir Mas kemudian mejadi tegang apabila lebih 1,000 orang berkumpul di sekitarnya.
Langkah berjaga-jaga
Husam berkata, dua lagi insiden berlaku di kampung Banggol Chica dan Kampung Dangar, membabitkan kiar-kira 60 orang yang disyaki " pengundi hantu " .
Katanya, semua mereka telah dihantar ke ibupejabat polis Kota Bharu.
Difahamkan Ketua pemuda Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan ahli Exco kerajaan negeri Kelantan, Takiyuddin Hassan telah bergegas ke balai polis itu untuk menyelesaikan insiden tersebut.
Husam mendakwa, mereka yang disyaki "pengundi hantu" itu kemudiannya dibawa secara senyap-senyap keluar dari balai polis itu dengan beberapa buah kereta persendirian.
"Semua insiden itu amat mencurigakan. Kami perlu berjaga-jaga untuk memastikan Barisan Nasional tidak memenangi pilihanraya kecil ini dengan cara menipu," katanya.
Pihak polis dijangka mengadakan sidang akhbar berhubung insiden-insiden tersebut hari ini.
Husam juga menafikan PAS bertindak sendiri hingga melanggar undang-undang ketika menahan mereka yang disyaki "pengundi hantu " itu.
"Kami sedar kami tidak mepunyai kuasa untuk menyiasat mereka tetapi kami terpaksa berhati-hati dengan kehadiran "pengundi hantu". Itu sebabnya mereka dihantar ke balai polis untuk tindakan lanjut,' jelasnya. Berita asal

