Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PSM rayu k'jaan jangan cukaikan ikan masin, makanan B40
Diterbitkan:  Sep 2, 2018 6:08 PM
Dikemaskini: 10:14 AM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) merayu kerajaan mengkaji semula cukai yang dikenakan ke atas barangan makanan untuk golongan berpendapatan rendah (B40).

Setiausaha agung parti itu, A Sivarajan berkata di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), barangan makanan asas seperti ikan kering atau masin, makanan dalam tin, dan biskut akan dikenakan cukai sebanyak 5 peratus, sementara udang, ketam dan sotong akan dikenakan cukai sebanyak 10 peratus.

"Ini pastinya bukan barangan makanan mewah yang dimakan oleh golongan kaya, tetapi makanan harian biasa yang diperlukan keluarga B40.

"PSM mendesak agar barangan makanan asas untuk keluarga kelas pekerja harus dikecualikan daripada apa-apa jenis cukai," kata Sivarajan dalam satu kenyataan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan akan menyemak semula senarai barangan yang dikenakan SST pada hujung tahun.

Bagaimanapun, Sivarajan bimbang akan ada gelombang kenaikan harga pada bulan-bulan mendatang.

SST berkuatkuasa semalam, menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan di bawah kerajaan BN sebelum ini.

Lihat Komen
ADS