Paling Popular
Terkini

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini memohon maaf dan menyatakan rasa kesalnya terhadap bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Kenyataan Rafizi itu dibacakan peguamnya Abdul Halim Abdul Karim di Mahkamah Tinggi Kuala lumpur di depan hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

Ia berikutan saman yang dibuat Abdul Rahman ke atas Rafizi ekoran kenyatannya mengenai program Expo Negaraku di Kuala Lumpur.

Rafizi yang juga bekas anggota parlimen Pandan mendakwa ekspo terbabit dianjurkan oleh seorang saudara kandung Abdul Rahman, iaitu Raslan Dahlan.

Dalam kenyataan terbukanya hari ini Rafizi mendakwa dia mendapat maklumai mengenai ekspo tersebut daripada seorang wartawan dan tidak mengesahkannya sediri.

Rafizi juga bersetuju maklumat itu salah, justeru dia meminta maaf kepada Abdul Rahman.

Selepas Abdul Halim membacakan kenyataan tersebut, Mohd Zaki merekodkan persetujuan mengenai penyelesaian berkenaan.

Beliau juga memaklumkan Rafizi bersetuju membayar kos kes itu sebanyak RM20,000.

Ekspo selama sebulan yang diadakan di Dataran Merdeka mulai 15 Nov tahun lalu itu dianjurkan oleh Unit Perancangan Ekonomi JPM.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS