Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Senator Husam mahu tumpu pembangunan semua negeri

PARLIMEN | Husam Musa hari ini mengangkat sumpah sebagai senator hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri V S Vigneswaran.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan itu sepatutnya mengangkat sumpah pada minggu lalu bersama beberapa orang yang lain.

Bagaimanapun ia terpaksa ditunda sehingga ke hari ini kerana Husam masih berada di Tanah Suci kerana mengerjakan haji ketika itu.

Nama Husam yang juga bekas exco kanan kerajaan Kelantan suatu ketika dulu dipilih oleh kerajaan pusat.

Bercakap kepada media selepas majlis itu berlangsung Husam berkata perhatiannya terhadap isu-isu pembangunan akan diberikan secara seimbang dan tidak hanya terhad kepada Kelantan.

“Dalam konteks peranan sebagai senator, saya tidak nampak pelantikan ini hanya terhad untuk Kelantan sebaliknya saya akan memberikan pandangan dan buah fikiran dalam konteks kepentingan negara secara keseluruha," katanya.

Menurut Husam kerajaan baru HARAPAN diharap tidak meminggirkan mana-mana negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan, misalnya Perlis, Terengganu dan Pahang.

Husam turut memetik kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa Kongres Ekonomi Bumiputera pada Sabtu lalu bahawa pada negeri terbabit memiliki potensi yang besar walaupun pada asasnya mereka ketinggalan berbanding yang lain.

Bekas anggota Dewan Undangan Negeri Salor itu juga yakin, kerajaan mempunyai perancangan secara menyeluruh.

“Saya yakin di bawah kepimpinan kerajaan sekarang mereka tidak akan meminggirkan negeri-negeri ini bahkan akan membukakan pelan-plan pembangunan berasaskan wawasan yang lebih luas untuk kemajuan negeri-negeri tersebut,” katanya.

Pada Isnin lalu seramai 12 orang sudah mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara.

Antara mereka ialah Pengerusi Tetap Kongres Nasional PKR  Ismail Yusop; Anggota Jawatankuasa DAP Perak, Nga Hock Cheh; Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying dan bekas anggota parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

Lihat Komen
ADS