Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kenderaan asing yang tak bayar saman dilarang keluar M'sia

Kenderaan asing yang belum menyelesaikan bayaran saman trafik akan dilarang meninggalkan negara ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata tindakan menyekat kenderaan itu akan bermula apabila kerajaan melaksanakan sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di sempadan negara bermula tahun ini.

"Kami sedang meneliti berbagai pendekatan yang akan digunakan. Misalnya, kami akan melaksanakan sistem VEP di sempadan dengan Singapura.

"Buat masa ini, kenderaan (yang memasuki Malaysia) akan dikenakan bayaran RM20. Tetapi kami akan mendaftarkan di bawah VEP, supaya apabila ia bermula, kenderaan dengan saman yang belum diselesaikan (bayaran) tidak boleh meninggalkan negara.

"Bagaimanapun, ini akan mengambil masa untuk dilaksanakan. Tetapi inilah caranya untuk masa depan," katanya kepada pemberita ketika melawat pusat kawalan Automated Enforcement System (AES) di Kelana Jaya hari ini.

Loke menjelaskan peringkat pertama VEP akan bermula di sempadan Malaysia-Singapura pada tahun ini. VEP di sempadan Thailand pula akan dilaksanakan pada peringkat kedua.

Semasa kunjungan itu, Loke berpeluang melawat pusat yang mengawal semua 45 kamera AES di seluruh negara.

Kamera-kamera itu, 19 daripadanya adalah untuk penguatkuasaan terhadap kesalahan memandu melebihi had kelajuan manakala selebihnya, bagi kesalahan melanggar lampu lalu lintas, kini berada di bawah bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).

Mereka sebelum ini dikendalikan oleh dua syarikat konsesi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS