Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Petron: Kami lalui proses akreditasi yang betul
Diterbitkan:  Sep 4, 2018 3:24 PM
Dikemaskini: 7:27 AM

Petron Malaysia menegaskan pelantikannya sebagai pembekal minyak kenderaan kerajaan melalui proses akreditasi yang betul yang telah bermula sejak 2015.

"Seperti syarikat dan pembekal bahan api lain, kami telah melalui proses akreditasi yang betul dan mengikut semua proses yang telus seperti digariskan Kementerian Kewangan.

"Pada mulanya kami memohon untuk menjadi pembekal kerajaan pada Mac 2015 dan menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan pada November tahun itu sebagai pembekal peralatan.

"Kami memohon semula secara khusus untuk menjadi salah satu pembekal bahan api untuk kenderaan kerajaan pada Oktober 2016. Selepas melalui proses ekstensif, kami diiktiraf sebagai pembekal hanya pada Ogos 2018m," kata Petron Malaysia dalam kenyataan, hari ini.

Petron mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas "kepercayaan dan keyakinan" terhadapnya, dan menghargai langkah kerajaan untuk "menggalakkan persaingan sihat".

Pelantikan syarikat itu mencetuskan kontroversi ekoran peranan anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan, sebagai pengarah syarikat induk Petron Corporation yang berpangkalan di Filipina.

Bagaimanapun Petron Malaysia beberapa tahun lalu menjelaskan Mirzan tiada sebarang saham atau peranan dalam operasi syarikat itu di Malaysia.

Kementerian Kewangan berkata penyertaan Petron sebagai pembekal - selain Petronas dan Shell - adalah bagi menggalakkan persaingan.
 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS