Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan kaji mansuhkan sebahagian peruntukan AUKU - menteri
Diterbitkan:  Sep 4, 2018 7:06 PM
Dikemaskini: 11:09 AM

DEWAN NEGARA l Kerajaan sedang mengkaji mengenai kemungkinan memansuhkan Seksyen 15 dan 16 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang didakwa menghalang kebebasan berpolitik di kampus.

Menteri Pelajaran, Maszlee Malek berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Pendidikan dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Menurutnya, langkah oleh pentadbiran Pakatan Harapan itu bertujuan memulihkan autonomi akademik dan kebebasan politik di universiti.

"Dalam langkah jangka panjang, AUKU akan dimansuh dan diganti dengan undang-undang lain.

"Sebagai langkah jangka pendek, Seksyen 15 dan 16 akta itu akan dikaji semula atau barang kali dimansuhkan dengan memberi kebebasan kepada pelajar untuk bersuara," katanya.

Seksyen 15 AUKU melarang pelajar daripada mengambil bahagian dalam kegiatan politik dan membolehkan universiti bertindak menggantung pelajar untuk kesalahan itu.

Sementara itu, Seksyen 16 membolehkan wakil naib canselor untuk menggantung atau membubarkan mana-mana organisasi di kampus, badan atau kumpulan pelajar.

Menurut Maszlee, beberapa inisiatif turut dilaksanakan kementeriannya dalam tempoh 100 hari pentadbiran termasuk mencadangkan kepada universiti awam untuk menghidupkan semula sudut pidato.

"Kita galakkan pelajar memberi pendpatan dan berpolitik dalam kampus tanpa rasa takut, dikawal dan diugut, tetapi dengan syarat tidak abai pelajaran," katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS