Isteri Isa Samad tenat
Puan Sri Hazizah Tumin, isteri bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohamed Isa Samad, kini dalam keadaan tenat dan dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser paru-paru.

Bekas setiausaha sulit Mohamed Isa, Roslan Abdul berkata Hazizah, 52, yang menghidap penyakit itu sejak tujuh tahun lepas, dimasukkan ke Wad Baldu di HUKM Sabtu lepas dan beliau kini dalam keadaan koma.
Katanya Mohamed Isa bersama-sama empat anaknya, Mohamad Najib, 27, Megawati, 24, Lelawati, 21, dan Juhaida, 16, sentiasa menemani Hazizah sejak beliau dimasukkan ke hospital itu.
Menurut laporan Bernama, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tunku Nujumudin serta Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang juga anggota Parlimen Tampin Datuk Shaziman Abu Mansor, turut menziarahi Hazizah di HUKM.