Berita Malaysiakini

PAS kongsi pentas kempen MCA untuk Balakong

Liow Sze Xian  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

PRK BALAKONG | Sejarah tercipta malam tadi selepas Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan membuat penampilan di majlis MCA untuk menyokong calon mereka Tan Chee Teong.

Ini berlaku walaupun sejarah panjang MCA menolak cita-cita PAS  untuk menjadikan Malaysia sebuah negara teokratik.

Takiyuddin muncul di pentas MCA di kawasan kejiranan Melayu di Taman Tun Perak, di mana beliau bercakap tentang keperluan untuk semakan dan imbangan.

"Negara kita telah menghadapi tsunami politik, dan membawa perubahan kerajaan, dari peringkat persekutuan ke negeri-negeri. Kami menukarnya dari BN kepaa Pakatan Harapan.

"Ramai berpendapat Pakatan Harapan akan menjadi kerajaan yang baik, kerajaan yang boleh dipercayai dan kerajaan yang membawa harapan. Tetapi, ia sebenarnya kerajaan yang tidak mempunyai harapan dan menghancurkan harapan rakyat," kata Takiyuddin kepada hadirin.

Oleh itu, beliau menekankan konsep "semak dan imbang" yang dipromosikan oleh MCA, dan menggesa rakyat, bukan sahaja ahli dan penyokong PAS, tetapi semua rakyat dari Balakong untuk menyokong Chee Teong.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Takiyuddin berkata PAS menyokong MCA untuk pilihan raya kecil Balakong dalam semangat perpaduan pembangkang, yang disokong oleh presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata PAS telah mendedikasikan sumbernya untuk membantu calonnya untuk pilihan raya kecil Seri Setia dan hanya dapat membantu MCA sekarang.

Takiyuddin kelihatan berbual dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Senator Ti Lian Ker - kedua-duanya adalah pengkritik vokal terhadap PAS vokal di masa lalu - sebelum dan selepas acara itu.

Apabila ditemui kemudian, timbalan presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata Takiyuddin muncul di acara itu tanpa diundang.

[Baca berita penuh]