Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CEP masih diperlukan, kata dewan perniagaan

Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) masih melihat perlunya Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) beroperasi selepas garis masa asal 100 hari yang ditetapkan.

Presiden MICCI Datuk Tan Cheng Kiat berkata kerajaan baharu, yang kebanyakannya dianggotai muka baharu, bermotivasi, pintar dan profesional, namun masih memerlukan bimbingan daripada CEP terutama susulan penemuan terbaharu mengenai kekurangan dalam pembayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan.

"Kami masih memerlukan mereka memandang ia akan mengambil masa lebih dari 100 hari untuk memulihkan negara," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Tan juga berkata komuniti perniagaan berada dalam keadaan panik kerana tiada siapa yang menjangkakan perubahan kerajaan.

Beliau berkata CEP ditubuhkan pada masa yang sangat penting kerana perubahan dalam kerajaan telah menyebabkan dana asing menarik balik dana dari pasaran saham.

"Berlaku tindak balas spontan dalam pasaran saham, namun pasaran tidak merudum susulan kehadiran lima individu terkemuka (dalam majlis itu) yang mewujudkan kestabilan kepada pasaran," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS