Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketua pembangkang S'gor dilantik jadi pengerusi PAC negeri

Ketua Pembangkang DUN Selangor Rizam Ismail dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) bagi negeri itu.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dalam sidang DUN hari ini.

Turut mengganggotai jawatankuasa itu ialah anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan Elizabeth Wong, ADUN Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi dan ADUN Jeram Mohd Shaid Rosli, ketiga-tiganya dari PKR.

Turut dilantik ADUN Sungai Pelek Ronnie Liu, ADUN Kampung Tunku Lin Yi Wei, kedua-duanya dari DAP dan ADUN Hulu Klang Saari Sungib dari Amanah.

Pelantikan itu dibuat susulan kenyataan Amirudin semalam bahawa pihaknya sedia memberi jawatan itu kepada Rizam kerana mengikut peraturan DUN Selangor, jawatan itu secara automatik dipegang ketua pembangkang.

-Bernama

Lihat Komen
ADS