Gempa bumi kuat landa Hokkaido, Rantau Jepun
Diterbitkan: Sep 6, 2018 9:49 AM | Dikemas kini: Sep 6, 2018 9:53 AM
Gempa bumi kuat berukuran 6.7 pada skala Richter melanda Hokkaido, Rantau Jepun, pada kira-kira 2.08 pagi ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi kenyataan hari ini, pusat gempa itu terletak di 42.7 darjah Utara dan 142.3 darjah Timur, kira-kira 79km dari Timur Sapporo, Jepun dengan kedalaman 10km.
Gempa bumi itu, bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami, kata kenyataan itu.
- Bernama

