Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes saman ‘telur penyu’ bekas menteri selesai

Kes saman bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke atas Sabah Publishing House dan seorang editornya berhubung laporan membabitkan kontroversi telur penyu berjaya diselesaikan.

Naib Presiden Umno itu memfailkan saman tersebut terhadap tiga artikel yang disiarkan di Daily Express yang mendakwa bahawa telur penyu disajikan kepadanya di sebuah majlis Umno di Sabah pada tahun 2015.

Pendedahan penyelesaian kes itu dibuat oleh peguam Sabah Publishing House, Bhag Singh. Walau bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran penyelesaian itu.

"Perkara ini telah diselesaikan secara baik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pesuruhjaya Kehakiman Darryl Goon.

Apabila diminta mengulas rayuan anak guamnya ke Mahkamah Persekutuan, Bhag berkata beliau akan bercakap mengenai perkara itu, kemudian nanti.

Ismail diwakili oleh peguam Samsinaralia Sahar.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS