Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Datuk Seri Jamal Yunos membuat rayuan kepada Peguam Negara Tommy Thomas untuk menarik balik pertuduhan terhadapnya.

Jamal ditemani peguamnya Imran Thamrin dan Sulaiman Ismail tiba di pejabat AG di Presint 4, Putrajaya, kira-kira 3 petang hari ini.

Jamal hadir untuk menyerahkan surat rayuan kepada AG untuk menarik balik tiga pertuduhan yang dihadapinnya.

Seorang pegawai pejabat AG, Wasri Ahmad Sujani menerima surat itu bagi pihak peguam negara di lobi utama pejabatnya.

Tidak seperti acara aksi pegun anjuran Jamal pada masa lalu, kini tiada khalayak penyokong untuk meraikannya.

Bagaimanapun, sepasukan polis termasuk polis bantuan hadir untuk memantau keadaan.

Surat yang dilihat Malaysiakini menunjukkan Jamal merayu untuk dibebaskan daripada dua pertuduhan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana meneceroboh dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada penahanan polis.

Jangan marah AG

Pada surat itu, beliau mendakwa pertuduhan terhadapnya bermotifkan politik dan beliau tergerak untuk membuat rayuan selepas kes Lim Guan Eng digugurkan.

Bercakap kepada pemberita di luar lobi, Jamal menyindir dengan menuntut orang ramai menyokong Tommy Thomas yang "baik dan pemurah hati."

"Jangan marah pada AG. AG ini baik dan pemurah hati. Yang marah tu sebab mereka tak mohon.Kalau tak mohon macam mana nak lepaskan.

"(Bagi saya pemilihan Peguam Negara Tommy Thomas ini adalah cukup baik dan tepat oleh kerajaan Pakatan Harapan oleh Tun M (Dr Mahathir Mohamad).

"Kerana beberapa bulan ini AG ini sangat bermurah hati kerana telah membebaskan ramai orang-orang tertentu seperti Rafizi, Lim Guan Eng, Tony Pua, R Sivarasa dan ramai lagi.

"Saya ingin ambil kesempatan atas murah hati AG untuk beliau tarik balik kes-kes yang sedang saya hadapi," katanya.

Jamal menggesa orang ramai, warga negara Malaysia atau rakyat asing yang telah didakwa untuk merayu kepada AG supaya kes-kes mereka digugurkan.

"Termasuk bekas perdana menteri kita, Datuk Seri Najib (Razak) ... saya minta Najib buat permohonan untuk tarik balik kes," katanya.

Sementara itu, peguam kepada ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu, Imran Thamrin berkata terpulang kepada AG untuk menyemak rayuan Jamal itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS