Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pendekatan laksana hukum syariah baik dari segi dakwah - MAPIM

Pendekatan menunjukkan Islam bukan agama yang keras adalah baik dari segi dakwah, kata Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Namun, beliau berkata hukuman syariah ditetapkan dalam agama Islam juga merupakan dakwah yang berkesan untuk menghindari masyarakat daripada hidup bergelumbang dosa.

Cara terbaik dari segi pelaksanaannya adalah dengan tidak mengetepikan hukum syarak, katanya kepada Bernama menerusi aplikasi Whatsapp di Shah Alam hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pandangan Kabinet bahawa adalah penting Islam tidak ditonjolkan sebagai agama bengis dengan hukuman berat menanti umatnya yang melakukan kesalahan.

Ia susulan kes dua wanita dihukum sebat enam kali di khalayak ramai di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada Isnin lepas, setelah mengaku bersalah melakukan hubungan seks sejenis dalam sebuah kereta di Dungun, 8 April lepas.

Menurut Mohd Azmi, hukuman sebat dilihat mengaibkan apabila dilakukan di hadapan khalayak, namun aspek pengajaran yang boleh diambil orang ramai juga tidak boleh diketepikan.

“Namun syarat melaksanakan sebat yang disaksikan khalayak ramai bukan satu keperluan. Selain itu, membandingkan hukuman sebat antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah dalam kes ini juga tidak wajar,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS