Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anak Taib mahu saman balik syarikat pereka dalaman RM2 juta
Diterbitkan:  Sep 6, 2018 10:10 PM
Dikemaskini: 2:13 PM

Mahmud Abu Bekir, anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, berhasrat menyaman balik syarikat pereka dalaman, Tatum (KL) Sdn Bhd.

Ini selepas Tatum (KL) Sdn Bhd memfailkan saman hampir RM2.2 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa syarikat Bekir, Ivy Craft Sdn Bhd "secara tidak sah menamatkan" kontrak dengan syarikat pereka dalaman itu.

Ivy Craft Sdn Bhd, dalam kenyataan hari ini menafikan "keseluruhan" dakwaan Ivy Craft berkata ia akan menentang dakwaan tersebut.

"Ivy Craft Sdn Bhd selanjutnya berhasrta untuk memfailkan saman balas terhadap Tatum (KL) Sdn Bhd dengan jumlah lebih RM2 juta.

"Tuntutan Ivy Craft Sdn Bhd terhadap Tatum (KL) Sdn Bhd adalah kerana kegagalannya melaksanakan tanggungjawab di bawah kontrak tanpa mengira bayaran substantif yang telah dibayar kepada Tatum (KL) Sdn Bhd," kata kenyataan itu.

Ivy Craft Sdn Bhd mendakwa saman yang difailkan Tatum (KL) Sdn Bhd pada 20 Ogos lalu sebenarnya sebagai tindak balas terhadap surat tuntutan yang dihantar syarikat Bekir bertarikh 30 Julai lalu.

"Ivy Craft Sdn Bhd telah menyampaikan hasratnya mengenai dakwaan terhadap Tatum (KL) Sdn Bhd melalui surat tuntutan bertarikh 30 Julai meminta dipulangkan kembali wang yang dibayar kepada Tatum (KL) Sdn Bhd kerana pelanggaran kontrak dan kegagalannya," kata kenyataan itu lagi.

Lihat Komen
ADS