Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PRK SERI SETIA | Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipilih sebagai Presiden PKR mendedahkan beliau sebelum ini ditawarkan jawatan presiden Universiti Islam Antarabangsa tetapi telah menolak pelawaan tersebut.

"Tapi kerja saya sekarang apa? Tak ada jawatan apa.

"Saya jumpa Tun M (Dr Mahathir Mohamad), bagi tahu Tun M saya tak nak apa.

"Baru-baru ini ada cadang saya jadi presiden UIA pun saya tak nak. Saya nak kerajaan Pakatan Harapan di bawah Tun M kuat," kata Anwar berucap dalam kempen calon PKR untuk pilihan raya kecil Seri Setia, Halimey Abu Bakar.

Ketika ditemui kemudian, Anwar menjelaskan tawaran itu diterima beliau tidak berapa lama dahulu.

"(Presiden UIA) yang baru tapi sudah lama (tawaran)," kata beliau sebelum meninggalkan majlis itu.

Anwar pernah menjadi presiden UIA ketika menjadi menteri pendidikan pada 1990an.

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Maszlee Malik dikritik kerana pelantikannya sebagai presiden UIA.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS