Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kes cabar lantikan hakim kanan: Mahkamah panggil Badan Peguam

Mahkamah Persekutuan telah menulis surat meminta penjelasan mengenai beberapa perkara daripada Badan Peguam yang telah memfailkan kes mencabar pelantikan dua bekas hakim kanan negara yang didakwa melanggar perlembagaan.

Surat itu disampaikan kepada peguam yang mewakili Badan Peguam dalam kes ini.

Peguam Farez Jinnah berkata beliau menerima emel daripada Majlis Persekutuan memaklumkan hal itu.

"Panel tujuh hakim yang bersidang meminta penjelasan dan kami akan hadir di hadapan mereka Khamis minggu hadapan pada jam 2.30 petang.

"Kami tidak tahu perkara yang mahkamah mahu kami jelaskan tetapi kami akan membantu mahkamah pada hari itu," kata Farez yang menjelaskan surat itu juga telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

Persaraan wajib 66 tahun, 6 bulan

Dilaporkan panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tan Sri Hasan Lah telah selesai mendengar cabaran Badan Peguam mengenai isu-isu didakwa melanggar perlembagaan berhubung penyambungan kontrak dan pelantikan ketua hakim negara Tun Mohd Raus Sharif dan presiden mahkamah rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pada ketika yang melebihi umur persaraan wajib 66 tahun dan enam bulan.

Bagaimanapun, panel hakim akan membuat penghakiman pada suatu tarikh lain yang ditetapkan.

Ketua pasukan guaman untuk Badan Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berhujah di hadapan panel hakim bahawa penyambungan perkhidmatan Raus dan Zulkefli oleh kerajaan terdahulu untuk dua tahun lagi walaupun melebihi had umur persaraan wajib telah menjejaskan kebebasan kehakiman.

Raus dan Zulkefli mengosongkan jawatan mereka secara sukarela pada Julai lalu.

Mereka digantikan dengan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Ahmad Ma'arop sebagai Presiden Mahkamah Rayuan yang baru.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS