Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Tinjauan tunjuk rakyat puas hati 100 hari HARAPAN

Satu kaji selidik persepsi mendapati, rakyat berpuas hati dengan pencapaian pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan selama 100 hari, namun ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki dan ditambah baik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata kaji selidik dalam talian membabitkan hampir 500,000 responden itu mendapati persepsi rakyat lebih banyak menunjukkan tanda positif berbanding reaksi negatif.

“Ada yang memberi pendapat, walaupun pentadbiran ketika ini tidak mencapai (kejayaan) apa yang mereka inginkan, namun mereka berpuas hati.

“Ada juga yang memberi reaksi negatif. Contohnya dalam isu pengangkutan, mereka tidak berpuas hati dengan jumlah perbelanjaan membabitkan MRT namun mereka menunjukkan reaksi positif kepada fasiliti dan kemudahan yang disediakan,” katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor hari ini.

Dr Mahathir berkata kaji selidik yang dibuat syarikat swasta itu juga mendapati rakyat tidak berpuas hati dengan pencapaian kerajaan dalam membanteras rasuah dan bertindak lebih agresif terhadap pemimpin yang didakwa terlibat rasuah dan penyelewengan.

Perdana Menteri menarik perhatian, kaji selidik itu juga mendapati rakyat berpuas hati dengan kejayaan kerajaan membatalkan undang-undang yang dilihat tidak adil sebelum ini dan pengenalan undang-undang baharu seperti Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

- Bernama

Lihat Komen
ADS