Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PRK SERI SETIA | Malam ini dua majlis ceramah berlangsung bagi kempen terakhir calon PAS dan HARAPAN bagi pilihan raya kecil di Seri Setia sehingga jam 12 malam tadi.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hadir ke pentas PKR di SS5 di Seri Setia dan menjelaskan hubungannya dengan calon PAS, Dr Halimah Ali.

Beliau mengimbau ketika mengambil ali menteri besar Selangor pada 2014, beliau melakukan rombakan exco dan mengenepikan Halimah.

"Dalam masa yang saya, saya lihat iltizam (calon PKR) Halimey Abu Bakar dan saya jadikan beliau ahli majlis.

"Rakyat yang bekerja keras untuk rakyat, kami akan mempromosikan mereka. Kami akan mengenepikan mereka yang tidak. Mudah saja," katanya.

"Terdapat banyak beg tangan. Berkins. Oren, biru, merah jambu... Kemudian terdapat beg hijau. Banyak. Tapi Halimah tidak dapat melihat hal ini," kata Azmin.

Sementara itu di pentas sama, pemimpin HARAPAN Selangor yang juga Menteri Besar Amirudin Shari berkata Dr Halimah Ali ialah "kawan kita" tetapi tidak boleh diundi.

"Tapi kawan kita sekarang menjadi kawan Umno," katanya.

Perkembangan utama pilihan raya kecil kali ini juga menyaksikan penglibatan aktif Umno khususnya dalam membantu kempen PAS di Seri Setia.

Walaupun kedua-dua parti pernah bersengketa pada masa lalu, terdapat usaha untuk meningkatkan kerjasama memandangkan mereka kini pembangkang di peringkat persekutuan dan di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Di TTDI Jaya, kira-kira 150 orang menghadiri ceramah kempen kemuncak Halimah yang turut disertai Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda PAS, Mohamad Khalil Abdul Hadi.

Pentas ceramah PAS di Seri Setia yang dijadual berlangsung jam 9 malam bermula sedikit lewat sekitar 10.20 malam tadi.

Memulakan siri ceramah mega bagi calon PAS, Dr Halimah Ali bagi DUN Seri Setia malam ini adalah wakil dari MIC.

Ketua Penerangan MIC Pusat, Punitan Paramasivam yang naik ke pentas ceramah hampir jam 11 malam berkata ramai yang mempersoalkan hubungan intim PAS dan Umno, namun baginya itu bukanlah perkara yang luar biasa.

Katanya semua persoalan itu mempunyai jawapan yang mudah, iaitu PAS, Umno dan MIC adalah parti pembangkang.

“Kita sebenarnya adalah pembangkang. Untuk menguatkan pembangkang kita harus membantu antara satu dengan yang lain.

“Kita bekeongsi pentas yang sama untuk memastikan calon PAS terus menang di DUN ini walaupun kita tahu kemenangan DUN Seri Setia tak akan mengubah landskap negeri Seangir dan negara,” katanya.

Punitan hadir bagi menggantikan Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivaraajh Chandran yang sebelum ini dijadualkan hadir ke ceramah mega PAS malam ini.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon HARAPAN, Halimey Abu Bakar dan calon PAS Dr Halimah Ali.

Pada PRU14, Shaharuddin memenangi kerusi itu dengan majoriti 19,372 dalam pertandingan empat penjuru menentang Yusoff M Haniff (BN), Mohd Ghazali Daud (PAS) dan calon bebas S Vigneswaran.

Lihat Komen
ADS