Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kami akan kembali, kata mahasiswa kepada Maszlee

Salah seorang mahasiswa yang ditahan ketika duduk bantah sekitar ibu pejabat Kementerian Pendidikan semalam berikrar akan meneruskan protesnya sehinggalah Menteri Pendidikan Maszlee Malik melepaskan jawatannya sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Asheeq Ali Sethi Alivi berkata pihaknya akan terus memberikan tekanan sehinggalah Maszlee menjelaskan istu pelantikan itu kepada mereka.

"Kami akan susun semula strategi, dan pastinya akan kembali jika dia tidak memberi respons kepada kami berhubung isu ini, bukan (respons) tentang protes," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Putrajaya.

Beliau menafikan dakwaan pegawai kementerian telah mengatur pertemuan antara Maszlee dengan mahasiswa yang membuat bantahan.

"Tiada apa-apa. Sebelum ini mereka kata akan tetapkan temu janji melalui panggilan telefon, tetapi menteri menolaknya.

"Saya diberitahu oleh pegawainya yang Maszlee ada nombor telefon saya, tapi sehingga kini tiada sebarang panggilan (daripadanya)," katanya lagi.

Selain Asheeq Ali, turut ditahan adalah pelajar UIAM Siti Nurizzah Tazali. Kedua-duanya dibebaskan pukul tujuh pagi tadi.

Mereka mula mengadakan duduk bantah di Kementerian Pendidikan pada petang semalam.

[Baca berita asal]
 

Lihat Komen
ADS