Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images

ANALISIS | Keputusan pilihan raya kecil (PRK) berkembar di Seri Setia dan Balakong menunjukkan kerjasama pembangkang di antara PAS dan BN lebih menguntungkan parti Islam itu berbanding bekas parti pemerintah.

Walaupun majoriti undi bukan ukuran yang dapat dijadikan sandaran kerana peratusan keluar mengundi yang rendah di bawah 45 peratus, pemerhatian boleh dibuat dengan menganalisis peratusan undi dan data pusat daerah mengundi (PDM).

Di DUN Seri Setia, undi BN dengan jelas beralih kepada PAS, apabila parti pimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mendapat undi awal, undi pos dan dua PDM iaitu di PJS 5/13 dan PJS 5/30, yang dimenangi BN pada PRU14 9 Mei lalu.

 

PAS mendapat manfaat apabila berjaya merampas PDM SS 6 yang dimenangi HARAPAN pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti 226 undi berbanding gabungan jumlah undi yang diperolehi PAS dan BN.

Walaupun PAS berkempen untuk MCA, undi yang diperolehi parti Cina itu tidak naik dengan ketara, hanya meningkat sebanyak 4.1 peratus menjadi 15 peratus.

Pengundi HARAPAN cenderung tak mengundi

Pada masa yang sama, DAP juga meningkatkan majoriti undi sebanyak 7.46 peratus daripada 77.53 peratus kepada 84.99 peratus.

Pertambahan ini berlaku walaupun jumlah keluar mengundi yang rendah sebanyak 43 peratus, yang mana ramai penyokong Pakatan Harapan lebih cenderung untuk melepaskan peluang membuat pilihan kali ini.

Bagaimanapun, keputusan untuk MCA di Balakong mengulang sejarah penyokong PAS yang tidak memberi sokongan penuh kepada sekutu parti itu dalam pilihan raya, walaupun sewaktu parti itu berada dalam Pakatan Rakyat.

 

Misalnya, keputusan pilihan raya Muar pada tahun 2013, di mana pada peringkat negeri, 20,812 undi telah diberikan kepada calon Pakatan yang diwakili oleh PAS di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dan Sungai Balang.

Walau bagaimanapun, calon PKR hanya menerima 19,221 undi di peringkat parlimen, kehilangan 1591 undi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS