Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: Singapura kembalikan RM45.9j wang 1MDB, SRC
Diterbitkan:  Sep 10, 2018 1:47 PM
Dikemaskini: 7:40 AM

Mahkamah Tinggi Singapura dilaporkan telah mengarahkan agar wang yang diambil secara salah daripada akaun berkaitan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd dikembalikan kepada Malaysia.

Menurut Astro Awani hari ini, mahkamah meluluskan permohonan peguam kerajaan Malaysia agar wang berjumlah RM45.9 juta (S$15.3 juta) dipulangkan.

Menurut laporan itu, wang itu akan dipindahkan ke akaun bank pemulihan khas 1MDB di Kuala Lumpur.

Perkara itu dinyatakan salah satu firma guaman yang mewakili Malaysia, Tetuan Tan Rajah & Cheah, dalam satu kenyataan, menurut laporan itu.

Firma guaman yang berpangkalan di Singapura itu juga berkata usaha lain untuk mendapatkan kembali wang milik 1MDB masih dijalankan.

Julai lalu, peguam negara Tommy Thomas meluluskan pelantikan firma guaman itu untuk memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Singapura terhadap 53 defendan bagi mendapatkan perintah untuk mendapatkan semula wang milik 1MDB.

Ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, dilaporkan salah seorang daripada 53 defendan itu.

Ia selepas pihak berkuasa Malaysia dan Singapura setuju untuk bekerjasama dalam usaha membawa pulang wang yang dipercayai diselewengkan daripada 1MDB di negara itu.

Lihat Komen
ADS