Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan: Pegawai Country Garden akui Forest City terlalu mahal untuk rakyat M'sia
Diterbitkan:  Sep 11, 2018 4:35 PM
Dikemaskini: 8:39 AM

Secara terbuka, Country Garden Pacificview Sdn Bhd berkata projek Forest City menepati peraturan yang ditetapkan.

Namun, Washington Post melaporkan, pegawai Country Garden mengakui hartanah di kawasan itu terlalu mahal untuk rakyat Malaysia.

Laporan itu memetik pegawai berkenaan yang enggan dinamakan sebagai berkata, orag Malaysia tidak mahu melihat "rakyat China mengambil alih tanah Malaysia".

"Mereka tidak suka dengan cara kita berniaga. Jelas bahawa harga hartanah itu terlalu mahal untuk rakyat Malaysia dan kita memang menyasarkan kepada rakyat China," katanya dipetik sebagai berkata.

Pegawai itu juga mengakui situasi berkenaan menjadi "tegang" susulan tindakan kerajaan baru campur tangan dalam pemilikan hartanah di Forest City.

Dalam kenyataan kepada Washington Post sebelum ini, Country Garden menegaskan bahawa pihaknya "mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang diperlukan untuk kelulusan menjual kepada pembeli asing".

Syarikat itu menambah pihaknya sedang berbincang dengan Pejabat Perdana Menteri namun "tidak dapat menyediakan sebarang maklumat kerana perbincangan masih di peringkat awal".

Laporan itu juga menyorot bahan promosi Forest City memuji sokongan daripada kedutaan China di Malaysia dan pegawai kanan republik berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS