Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Daim: Anggota CEP dah balik buat kerja masing-masing?

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Tun Daim Zainuddin berkata anggota badan itu sudah "kembali melakukan urusan kerja masing-masing" walaupun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan CEP masih wujud.

Daim memberitahu pemberita secara ringkas dan tanpa penjelasan lanjut sebagai menjawab soalan jika CEP masih mengadakan mesyuarat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis dialog townhall dengan penduduk Titiwangsa di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur hari ini.

Penubuhan CEP dengan keanggotaan lima orang pada 12 Mei merupakan antara tugas pertama Mahathir sebagai perdana menteri.

Selain Daim, majlis itu terdiri daripada bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas presiden Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican, ahli ekonomi Jomo Kwame Sundaram dan hartawan Tan Sri Robert Kuok.

Majlis itu merupakan badan berkuasa yang mewawancarai kira-kira 350 orang daripada 200 organisasi - kebanyakannya badan kerajaan atau GLC - untuk membantu merumuskan laporan mengenai dasar ekonomi dan kewangan bagi perdana menteri.

Laporan itu dihantar 100 hari selepas CEP terbentuk.

Terdapat perancangan awal membubarkan majlis itu selepas 100 hari pembentukannya, tetapi Mahathir berkata ia masih diperlukan untuk memberi nasihat kepada kerajaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS