Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Taufan Florence: 1.5 juta penduduk diarah berpindah

GLOBAL | Lebih 1.5 juta penduduk di Carolina Utara di AS diarahkan meninggalkan rumah mereka yang terletak di sepanjang pantai tenggara kerana Taufan Florence, taufan paling besar yang mengancam penduduk kawasan itu selama tiga dekad semakin hampir.

Taufan Florence, ribut taufan Kategori 4 membawa angin 210 km/j dijangka akan tiba pada Jumaat ini di kawasan tenggara Carolina Utara berhampiran sempadan Carolina Selatan, kata Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) di Miami.

Penduduk mula bersiap sedia dengan mengumpul bekalan makanan dan minuman. Pegawai di Carolina Utara bersiap untuk menukar lebuh raya utama menjadi sehala untuk mempercepatkan pemindahan.

Gabernor Carolina Utara Henry McMaster yang mengimbas Taufan Hugo yang melanda pada 1989 yang mengorbankan 27 penduduk, kini menggesa agar orang ramai mematuhi arahan berpindah.

"Saya lebih rela selamat daripada menyesal," kata McMaster kepada program Good Morning AMerica di ABC hari ini. "Kita mahu orang ramai berpindah dan selamat."

Ribut itu dikatakan berada di 950 batu (1,530 km) timur tenggara Cape Fear, di Carolina Utara, pada pukul 5 pagi waktu di kawasan itu.

Khamis lalu, NHC memberi amaran bahawa ribut taufan itu sebagai "ribut taufan yang sangat berbahaya".

Selain menyebabkan angin kencang yang membawa ombak setinggi 12 kaki, Taufan Florence mampu membawa hujan sehingga 20 inci sehingga 20 inci hujan yang boleh membanjiri kawasan darat, kata NHC.

NHC turut mengingatkan bahawa ribut berkenaan boleh berlangsung selama berhari-hari.

Tambah NHC, meskipun ribut itu dilihat semakin berkurang, ia dijangka akan bertambah buruk.

Gabernor Virginia Ralph Northam mengeluarkan arahan berpindah kepada kira-kira 245,000 penduduk di kawasan pinggir pantai sejak 8 pagi waktu tempatan. Gabernor Carolina Utara pula mengarahkan kira-kira 1 juta penduduk sepanjang kawasan pinggir pantai meninggalkan rumah mereka sejak tengah hari tadi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS