Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan permintaan belian untuk unit tempatan itu, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan susut kepada 4.1500/1530 berbanding dolar AS daripada 4.1435/1465 pada Jumaat.

Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa kerana cuti gantian sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan disusuli cuti Awal Muharam.

Peniaga berkata permintaan yang rendah terhadap ringgit disebabkan pengukuhan dolar AS, dan pasaran sedang pesat membangun terus menghadapi ketidakstabilan ekonomi.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0149/0173 daripada 3.0139/0163 pada Jumaat dan naik berbanding yen kepada 3.7200/7237 daripada 3.7406/7444.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.8119/8171 daripada 4.8210/8257 dan susut berbanding pound British kepada 5.4025/4068 daripada 5.3725/3768.

- Bernama

Lihat Komen
ADS