Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull tiba di Menara Ilham, di Kuala Lumpur hari ini, dipercayai untuk mengadakan pertemuan dengan Tun Daim Zainuddin berhubung transaksi tanah meragukan di ibu negara yang didakwa berlaku ketika pentadbiran kerajaan lalu.

Shukri bersama pegawainya tiba dengan tiga kenderaan SPRM pukul 10.40 pagi, dan dilihat memasuki bangunan yang menempatkan pejabat Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) itu.

Difahamkan, pertemuan itu dibuat selepas Daim menyerahkan hasil siasatan melibatkan transaksi tanah itu untuk siasatan lanjut pihak SPRM.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan Daim akan bertemu SPRM susulan siasatan pihak beliau mendapati sekurang-kurangnya terdapat transaksi 91 lot tanah di ibu negara yang meragukan, termasuk​​​​ transaksi tanah ​​​melibatkan projek Bandar Malaysia.

- Bernama

Lihat Komen
ADS