Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Rakyat Kelantan kena kikis sikap suka buang sampah merata-rata

Masyarakat di negeri ini perlu mengikis budaya suka membuang sampah merata-rata sehingga menjejaskan kebersihan alam sekitar, kata Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Datuk Dr Husaini Omar.

Husaini berkata sesetengah anggota masyarakat tidak berasa malu untuk membuang sampah walaupun banyak tong sampah disediakan.

Beliau berucap merasmikan Program ‘Apa Kata Anak Malaysia’ Peringkat Negeri Kelantan di Taman Perumahan Tanjung Chat di Kota Bharu, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tanjung Chat yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Aiseri Alias dan pemangku Pengarah Jabatan Penerangan Negeri (Japen) Kelantan Azhar Ismail.

Pada majlis berkenaan, seramai 61 Mahasiswi UMK terlibat dalam aktiviti gotong-royong sebagai khidmat masyarakat dalam program yang dianjurkan Japen Kelantan dan KRT Taman Tanjung Chat.

Husaini berkata masyarakat sepatutnya berasa malu apabila ada penduduk dari negeri lain datang untuk membersihkan kawasan mereka dan seharusnya ia menjadi titik tolak kepada perubahan sikap mereka.

- Bernama

Lihat Komen
ADS