Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Speaker terima surat letak jawatan MP Port Dickson

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini menerima surat peletakan jawatan daripada Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Mohamad Ariff dalam satu kenyataan berkata, sehubungan itu satu notis pemberitahuan rasmi berhubung kekosongan kerusi Parlimen itu dikemukakan kepada timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas menerima surat berkenaan.

Beliau berkata notis pemberitahuan itu adalah selaras dengan Perkara 54, Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh yang demikian, selaras dengan Fasal (1) Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan,” katanya.

Danyal Balagopal yang bertanding atas tiket PKR pada PRU ke-14 meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

-Bernama

Lihat Komen
ADS