Paling Popular
Terkini

Kerana masing-masing berada di posisi pembangkang, Umno dan PAS dilihat memerlukan keserasian dan kesefahaman antara satu sama lain, kata Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Malah menurutnya, kehadiran beliau bersama rombongan Pemuda Umno ke Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-59 kali ini mencipta sejarah tersendiri buat kedua-dua parti.

"Kami sekarang sama-sama pembangkang, jadi kita kena mempunyai satu keserasian dan kesefahaman dan kita mulakan dengan masing-masing menghadiri program.

"Kehadiran kami ke Muktamar PAS ini atas jemputan rasmi daripada ketua Pemuda PAS pusat. Ini bagi saya satu sejarah tersendiri, selepas 40 tahun tidak bersama ini kali pertama Umno menghadiri muktamar PAS," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri acara tahunan PAS yang diadakan di Kuala Terengganu, semalam.

Hadir sama Timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Sementara itu Asyraf berkata, apa yang lebih penting kini adalah usaha mereka mengukuhkan blok pembangkang yang didominasi Umno dan PAS selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan.

"Apa juga bentuk kerjasama untuk kebaikan Islam dan rakyat secara keseluruhan ini satu perkara yang saya rasa perlu kita semarakkan atas dasar dua parti yang mewakili umat Islam dan Melayu yang terbesar di negara ini," Asyraf Wajdi berkata, sebagai

"Ia sebagai satu pengukuhan blok pembangkang sebenarnya," katanya yang turut mengundang Pemuda PAS ke Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung pada penghujung bulan ini.
 

Lihat Komen
ADS