Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

MUKTAMAR |  Kerajaan Terengganu akan menerima royalti petroleum sebanyak lima peratus daripada Putrajaya, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut presiden PAS itu keputusan berkenaan disampaikan kepada pihaknya baru-baru ini.

"Kita dimaklumkan dia (Pusat) akan bagi ikut perjanjian asal iaitu 5 peratus, dan sudah ada keputusan kabinet mengenainya," kata Abdul Hadi hari ini.

Beliau yang juga anggota parlimen Marang ditemui selepas merasmikan konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di Gong Badak, Kuala Terengganu.

DHPP ialah salah satu sayap PAS yang dianggotai oleh orang bukan Islam.

Kata Abdul Hadi tidak ada tarikh tertentu ditetapkan untuk kerajaan Putrajaya menyalurkan royalti berkenaan, malah menegaskan ia bukanlah urusan PAS.

"Dan saya percaya perdana menteri akan menunaikan janji dia," katanya.

Untuk rekod Abdul Hadi tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan Terengganu, namun negeri itu ditadbir oleh PAS sejak memenanginya daripada BN pada PRU ke-14 lalu.

Menteri besar Terengganu sekarang ialah Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga bekas setiausaha politik Abdul Hadi.

Isu royalti minyak banyak diperkatakan oleh pembangkang semasa BN menjadi kerajaan sehingga 9 Mei lalu dan dituntut oleh Kelantan dan Terengganu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS