Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Parti Amanah Negara (AMANAH) mengalu-alukan gabungan pembangkang seperti dibayangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agung AMANAH Mohd Anuar Mohd Tahir berkata perkara itu dilihat berdasarkan sistem demokrasi negara.

“Kita alu-alukan gabungan parti pembangkang, sangat alu-alukan. Kami dulu pun telah menggabungkan parti-parti pembangkang di bawah Barisan Alternatif pada 1999 kemudian diikuti Pakatan Rakyat dan kita telah tubuhkan Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Jadi kalau pembangkang sekarang ingin mewujudkan satu barisan pembangkang, itu hak dalam sistem demokrasi kita,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Wisma AMANAH, hari ini.

Sebelum itu Mohd Anuar diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang memberi bayangan akan lahir satu barisan baru pembangkang tanpa BN bagi menghadapi kerajaan HARAPAN.

Gabungan politik ada hayatnya

Abdul Hadi juga menjelaskan setiap suatu gabungan parti politik mempunyai hayat tertentu.

"Kalau Perikatan (gabungan sebelum BN) dulu ada hayat dia, (maka) BN juga ada hayat dia," kata Abdul Hadi dalam sidang media ketika muktamar PAS, di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak , Kuala Terengganu, hari ini.

Anggota Parlimen Marang itu turut berkata orang ramai wajar menantikan perkembangan baru selepas ini.

Katanya lagi, PAS sentiasa bekerjasama dengan sesiapa saja yang dianggap boleh memberi kebaikan kepada negara dan rakyat.

“Dan akan berlaku satu perubahan yang lain... akan berlaku. Kita tunggu dan lihat," kata Abdul Hadi.

Lihat Komen
ADS