Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gangguan bekalan air di Jelebu dan Tampin 18-19 Sept
Diterbitkan:  Sep 14, 2018 3:30 PM
Dikemaskini: 8:19 AM

Beberapa kawasan di Jelebu dan Tampin akan mengalami gangguan bekalan air pada 18 dan 19 Sept ini, berikutan kerja-kerja penyelenggaraan injap dan loji rawatan air.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Norzita Ismail berkata gangguan bekalan air di kawasan berkenaan selama 24 jam akan bermula pukul 8.00 pagi.

“Kerja-kerja ini antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan mempertingkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Di Jelebu, kawasan terlibat ialah Simpang Durian, Sungai (Sg.) Buloh, Juntai, Durian Tipus, taman perumahan di Simpang Durian, Serdai, Mantaus, Jerang, Paya Jauh, Bemban, Rangoi, Ladang Abdulah Kadir, sekolah di Mukim Triang Hilir, Felcra Lakai, Kg Lakai, Air Baning, Kg. Putra, Kg. Sawah, FELCRA Penagoh, Felda Pasoh 1, 2, 3 & 4, Estet Pertang, Simpang Pertang, taman perumahan di Simpang Pertang, Kawasan Industri Simpang Pertang, Kampung Asli Bt. 17, Pertang, taman perumahan di Pertang, Kg. Geylang, Kg. Durian Tawar dan Kg. Orang Asli Parit Gong.

Di Tampin, ia melibatkan Felda Sg. Kelamah, Kg. Sg. Dua, Kg. Tenai, Maju Ternak, Kg. Kurnia Diraja, Pusat Komersial Pahlawan, Felda Jelai 1, 2, 3 & 4, Felda Pasir Besar dan Felda Palong 1.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.

- Bernama


 

Lihat Komen
ADS