Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Parti Amanah Negara (AMANAH) memberi peluang kepada rakyat untuk bersemuka dengan kepimpinan partinya yang memegang jawatan menteri.

Setiausaha Agungnya Mohd Anuar Tahir berkata, pada 22 September ini rakyat boleh bertanyakan apa saja kemusykilan kepada barisan menteri yang ditampilkan sebagai simbol terima kasih kerana percaya terhadap kemampuan AMANAH.

Katanya lagi, program berkonsepkan bual bicara antara menteri dan rakyat ini tidak pernah diadakan oleh mana-mana parti politik di negara ini.

“Kita juga akan menghidangkan sesuatu yang tak pernah dibuat. Semua anggota AMANAH yang telah terpilih menjadi menteri akan dihadapkan ke hadapan rakyat.

“Rakyat boleh datang untuk tanya dan cadang apa sahaja,” katanya dalam sidang media di Wisma AMANAH, hari ini.

Program berkenaan akan diadakan di Dewan Besar Tun Razak, Temerloh, Pahang pada 22 September ini sempena ulang tahun ke-3 AMANAH.

Menteri berkenaan adalah Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Menteri Wilayah Khalid Samad, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.

Lihat Komen
ADS