Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno belum ada kata putus tandingi PD - Annuar
Diterbitkan:  Sep 14, 2018 9:01 PM
Dikemaskini: 1:04 PM

PRK PD | Umno belum ada kata putus sama ada untuk meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Port Dickson yang diadakan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding supaya dapat kembali ke parlimen.

"Pihak Umno belum ada apa-apa keputusan atau pendirian sama ada Umno akan meletakkan calon atau tidak bagi PRK berkenaan sehingga biro politik Umno bermesyuarat pada 24 September depan ini.

"Adalah dijangkakan BN juga akan mengadakan mesyuarat selepas itu," kata beliau dalam suatu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Annuar berkata anggota parti itu berhak dan tidak dihalang mengeluarkan pendapat peribadi mengenai PRK PD tetapi ia tidak mencerminkan pendirian rasmi Umno.

"Oleh yang demikian, sebarang kenyataan atau pendapat yang diutarakan oleh mana-mana pemimpin atau ahli Umno berkaitan PRK PD adalah dianggap sebagai pendapat peribadi masing-masing dan mereka berhak dan tidak dihalang berbuat demikian," katanya lagi.

Penyandang kerusi Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan pada 12 September lalu bagi membolehkan satu PRK diadakan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Danyal mendapat 36,225 undi dan mempertahankan kerusi berkenaan untuk PKR dengan kelebihan 17,710 undi.

Dua lagi pencabar untuk kerusi itu, BN mendapat 18,515 undi manakala PAS memperolehi 6,594 undi.

Lihat Komen
ADS