Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Mata wang lain susut lebih teruk berbanding ringgit

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemerotostan berterusan nilai ringgit berlaku dalam kadar yang lebih perlahan berbanding mata wang negara lain yang sesetengahnya "merosot secara menggila".

"Hari ini ringgit mengukuh. Hakikatnya semua mata wang kini menyusut secara menggila (like mad). Bukan di Malaysia saja, negara lain susut (mata wang) pada kadar lebih laju daripada kita," katanya.

Beliau memberikan contoh Argentina yang mana mata wang peso merosot lebih 50 peratus.

Beliau berkata kemerosotan itu berpunca daripada perang dagang antara Amerika Syarikat dengan China yang sedang berlaku, serta prestasi teruk ekonomi global.

Beliau juga yakin bahawa ringgit kini berada di bawah nilai sebenar, tetapi tidak mengulas lanjut perkara itu.

Nilai ringgit kembali menjadi perhatian apabila bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyuarakan kebimbangan terhadap kemerosotan nilainya walaupun dengan kenaikan harga minyak.

Ketika pentadbirannya, kata Najib, nilai ringgit akan meningkat setiap kali harga minyak mintah meningkat, tetapi ia tidak berlaku hari ini.

"Kerisauan saya ialah jika harga minyak dunia turun dengan kuat, maka mata wang ringgit akan menerima impak yang agak teruk," katanya.

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata prestasi ringgit berbanding dolar AS antara yang terbaik berbanding mata wang utama dunia walaupun dengan pertukaran kuasa dan faktor luaran yang lemah.

Katanya sejak akhir 2017, nilai ringgit berbanding dolar AS hanya menurun sebanyak 2.2 peratus setakat 11 September 2018.

 

Najib bagaimanapun mengkriti Lim berhubung tarikh yang disebut dalam kenyataannya.

"Lim salah tarikh. Kerajaan tukar bukan pada akhir tahun 2017 tetapi pada 9 Mei 2018," kata Najib.

Lihat Komen
ADS