Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: Saya tunggu empat bulan, kata Anwar
Diterbitkan:  Sep 15, 2018 12:07 AM
Dikemaskini: 4:11 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menunggu selama empat bulan sebelum memulakan pilihan raya kecil (PRK) yang akan membuka laluannya untuk kembali ke Parlimen.

Dalam wawancara dengan Associated Press (AP), Anwar berkata persetujuan awal adalah beliau perlu terus kembali terlibat sebaik dibebaskan daripada penjara.

"Persetujuan...ialah selepas diberi pengampunan, saya perlu masuk persaingan," katanya kepada AP.

Anwar berkata penting baginya untuk "mula berhubung" dengan anggota parlimen dan memberi tumpuan kepada reformasi parlimen.

Pelbagai pihak mengkritik tindakan PKR untuk mengadakan PRK Port Dickson antaranya di saat kerajaan sekarang masih dalam usaha menyelesaikan masalah kewangan negara.

Bakal presiden PKR itu diberi pengampunan penuh pada 16 Mei lalu berkenaan sabitan terhadapnya sejak 1998. Ia menjadi sebahagian daripada persetujuan dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum PRU ke-14.

Satu lagi persetujuan adalah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu membenarkan Anwar menggantikannya sebelum tamat penggal ini, walaupun tiada tarikh ditetapkan untuk peralihan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS