Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Ia kini terpulang kepada pentadbiran Pakatan Harapan untuk menentukan nasib pindaan yang dicadangkan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), kata Presiden Abdul Hadi Awang hari ini.

Bercakap di muktamar ke-64 parti itu di Kuala Terengganu, Hadi menegaskan bahawa kerajaan yang diketuai PAS di Kelantan dan Terengganu bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk memperkasa undang-undang syariah.

Terdahulu, katanya, PAS melihat ruang untuk menegakkan Mahkamah Syariah sebagai teras pelaksanaan (undang-undang syariah di negara ini), dan dengan demikian mencadangkan pindaan kepada Akta 355 di Parlimen pada tahun 2016.

Kini, ia di tangan kerajaan persekutuan baru untuk menentukan sikap mereka terhadap rang undang-undang itu,katanya kepada delegasi di muktamar iu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS