Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Anwar: Mahathir sudah berubah? Ya dan tidak
Diterbitkan:  Sep 15, 2018 5:37 PM
Dikemaskini: 9:45 AM

Pemimpin tertinggi PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dihujani soalan sinis mengenai kerjasama beliau dengan bekas seteru yang menjadi sekutunya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antaranya, pertanyaan jika beliau percaya kepada Perdana Menteri itu dan jika Dr Mahathir kini sudah berubah.

Berucap pada suatu sidang kemuncak komuniti perniagaan di Singapura tengah hari ini, Anwar mengakui bahawa keperibadian Mahathir masih sama tetapi menegaskan daripada segi dasar dan prinsip, sangat jelas telah berubah dari masa lalunya.

"Mahathir adalah Mahathir - Tegas, berterus terang, provokatif, tidak bermain dengan kata-katanya. Baik, kita semua faham beliau, tetapi adakah beliau komited untuk reformasi?

"Beliau telah menjelaskan bahawa Malaysia mesti muncul sebagai demokrasi.

Mahathir mengejar masa

"Adakah beliau percaya dengan suruhanjaya pencegahan rasuah yang bebas? Ya. Adakah beliau bertolak ansur dengan media bebas? Ya. Jadi dalam hal ini, beliau sudah berubah," kata Anwar.

Beliau berkata lagi keperibadian dan sikap sinis Mahathir perlu diterima.

"Tiada apa-apa... Terdapat isu-isu yang saya tidak setuju. Contohnya sikapnya yang lantang.

"Saya pernah katakan kepada beliau jika terus begini... maka saya ada kerja - suatu kerja lama untuk mengekangnya," kata beliau.

Menurut Anwar yang paling penting Mahathir komited dalam isu-isu asas.

Anwar berkata lagi malahan Mahathir menjadi "tidak sabar" dalam melaksanakan reformasi.

"Kata beliau, Anwar rakan-rakan kita agak perlahan. Penjawat awam tidak bersungguh-sungguh melakukan reformasi ini.

"Jadi anda dapat mengesan semangatnya, suatu yang yang mesti saya hormati," katanya yang menang presiden PKR tanpa bertanding dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Anwar juga ditanya mengenai kemungkinan Mahathir enggan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada beliau.

Anwar sekali lagi menegaskan beliau mempunyai hubungan kerja yang mesra dnegan Mahathir tetapi maklum dengan perasaan sinis hadirin.

Mahathir tunai janji

"Saya tahu ada antara kamu yang sinis, saya dapat lihat senyuman perli itu," katanya sambil tertawa.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan Mahathir kini menunaikan janjinya dalam beberapa aspek, termasuk memastikan badan kehakiman yang bebas, tindakan pencegahan rasuah serta mengusahakan pembebasan dan pengampunannya.

"Bagi saya, saya tidak mempunyai alasan untuk meragui keikhlasannya ... Orang bertanya kepadanya (Mahathir) adakah kamu pasti Anwar akan menjadi pengganti kamu dan kemudian mereka bertanya kepada saya 'anda mempercayai beliau?'.

"Saya berkata, ya, saya percaya. Jadi saya fikir kami berdua telah ada jawapannya yang telah kami persiapkan untuk soalan sebegitu," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS