Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAS solat hajat kalau royalti Kelantan, Terengganu tak diberi

MUKTAMAR | PAS mengajak rakyat yang menyokongnya supaya mengadakan solat hajat sekiranya Putrajaya gagal menunaikan janji membayar royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

Perkara itu ditegaskan perwakilan Kelantan Datuk Hassan Mohamood semasa membahas ucapan dasar presiden PAS di Kuala Terengganu hari ini.

Menurut Hassan cadangan itu dikemukakan agar kerajaan pusat akhirnya terbuka pintu hati untuk membayar royalti minyak yang merupakan hak kedua-dua negeri terbabit.

"Kerajaan persekutuan kena berlaku adil kepada semua negeri termasuk yang dikuasai PAS.

"Sebab itu kita tuntut kerajaan tunaikan segera tanggungjawabnya membayar royalti kepada Kelantan dan Terengganu seperti disebut dalam perjanjian Akta Petroleum," katanya.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan keyakinan bahawa kerajaan pusat akan membayar royalti sebanyak lima peratus kepada Kelantan dan Terengganu.

Menurutnya, keputusan Putrajaya itu disampaikan kepada pihaknya baru-baru ini.

Sementara itu, Hassan yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan berkata, sekira kerajaan persekutuan berdegil pihaknya akan berserah sepenuhnya kepada Allah.

"Kalau mereka terus degil tak nak tunai hak dan tanggungjawab itu, insya-Allah kita bergantug kepada Allah SWT.

"Saya cadangkan PAS dan semua negeri buat solat hajat dan munajat supaya Allah buka pintu hati mereka untuk tunaikan hak kita," katanya.

Lihat Komen
ADS