Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Abaikan Rafizi 'tak matang', kata Zuraida
Diterbitkan:  Sep 15, 2018 8:28 PM
Dikemaskini: 12:31 PM

PEMILIHAN PKR |  Calon naib presiden, PKR Zuraida Kamaruddin berkata beliau memilih untuk mengabaikan serangan Rafizi Ramli terhadap pihak yang bersama dengan penyandang Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Tak apalah itu cara dia. Kalau begitu cara dia berkempen, jadi itu tidak matang.

"Saya lebih suka mengamalkan politik matang, jadi tak apalah, kami akan abaikan sesiapa yang tidak matang," beliau memberitahu pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Rafizi dalam wawancara dengan Star TV semalam berkata beliau mencabar Azmin bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR dan menyerang rakan-rakan dalam partinya itu kerana mendakwa rekod mereka mengecewakan dalam membuat keputusan strategik utama.

Beliau memetik desakan awal Azmin untuk bekerja sama dengan PAS dan juga dakwaan kem tersebut membantah pencalonan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan pada ketika itu.

Kem Rafizi dan Azmin menjadi pesaing sejak Langkah Kajang pada tahun 2014.

Langkah terbaru untuk mengosongkan kerusi Port Dickson kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR itu telah mencetuskan pertikaian di antara dua kem ini.

Pihak yang bersama dalam pasukan Azmin berkata tiada perundingan mengenai keputusan untuk mengadakan pilihan raya kecil di Port Dickson.

Bagaimanapun, kedua-dua kem berkata mereka komited untuk membantu kempen Anwar dan memastikan kemenangannya.

Lihat Komen
ADS