Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Janin bayi ditemukan dalam lubang kumbahan di Taman Murni di Sandakan, Sabah hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata janin bayi itu ditemukan pada kira-kira 11 pagi oleh penduduk taman itu ketika sedang membersihkan lubang kumbahan yang tersumbat.

Katanya mereka membersihkan janin tersebut dan menghubungi pihak polis dan menurutnya janin tersebut dibawa ke Hospital Duchess Of Kent di Sandakan dan disahkan meninggal dunia kerana kelahiran pramatang.

Mohd Azhar meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil bagi membantu polis dalam siasatan kes itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS