Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Inalillah, Umno rebah sebab rasuah, kata dewan penyokong PAS

MUKTAMAR | Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) berkata PAS boleh mesra dengan Umno tetapi mengingatkan perwakilan Muktamar PAS di Kuala Terengganu supaya tidak melupakan kesalahan rasuah yang didakwa dilakukan pemimpin bekas parti pemerintah itu.

Lau Chin Chua yang berucap bagi pihak DHPP dalam membahaskan ucapan dasar Muktamar PAS berkata pemimpin Umno yang didapati terlibat dengan rasuah perlu berhadapan tindakan undang-undang.

PAS tidak patut mempertahankan pemimpin sebegitu, tegasnya.

"Kita sekarang sedang berbaik-baik dengan Umno, MCA, MIC dan Umno (telah) rebah (kalah PRU14).

"Sebab apa Umno rebah? Sebab semua orang tahu pemimpin-pemimpin dia tak amanah dalam laksana tanggungjawab sebagai pemerintah, Inalillah.

"Walaupun boleh berbaik-baik dengan mereka, kita kena ingat jangan sekali-kali bela orang yang rasuah. Salah tetap salah.

Lawan tetap lawan. Yang bersalah mesti dihukum, jangan kita simpati dengan mereka," kata Lau berucap disambut sorakan kira-kira 2,000 perwakilan yang hadir.

Jangan pinggir DHPP

Lau yang dikenali sebagai Cikgu Rashid di kalangan anggota PAS turut memberitahu kepimpinan parti bahawa mereka tidak patut mengutamakan hubungan PAS bersama parti-parti BN dengan meminggirkan sayap penyokongnya yang menggerakkan dukungan bukan Islam kepada parti berkenaan.

Walaupun Lau tidak menjelaskan secara lanjut, difahamkan beliau merujuk peningkatan kerja sama antara Umno dan PAS.

PAS dan Umno telah berkempen menyokong antara satu sama lain pada pilihan raya kecil baru-baru ini di Sungai Kandis dan Seri Setia.

"Hari ini cipta sejarah Umno, MIC datang. MCA tak datang. Tetapi jangan lupa walaupun mereka tetamu kita, kita jangan lupa (dalam) sebut pemimpin Umno, MIC, pemimpin DHPP jangan tinggal.

"Kena sebut (HPP) hok (yang ) ini hardcore kita ini, hok nu (yang itu) belum tentu lagi.

"Dapat tak tentu lagi. Tak dapat (sokongan BN) tak apa," kata Lau.

Menurutnya lagi, bukan masalah buat PAS untuk tidak menjalinkan pakatan dengan BN kerana parti itu memiliki kekuatannya yang tersendiri.

"PAS berjaya tambah kerusi. Berjaya kekal Kelantan. Berjaya rampas Terengganu," jelasnya lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS