Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Perwakilan usul PAS tubuh jabatan hal ehwal bukan Islam

MUKTAMAR | PAS patut menubuhkan jabatan hal ehwal bukan Islam dalam parti itu supaya dapat mengukuhkan usahanya mendapatkan sokongan kumpulan sasaran berkenaan.

Wakil Kelantan ke Muktamar PAS ke-64, Hassan Mohamood berkata PAS perlu menaik taraf Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) supaya bukan Islam akan dapat lebih memahami Islam melalui programnya.

DHPP merupakan sayap PAS bagi menarik sokongan bukan Islam yang dibenarkan menjadi ahli bersekutu parti itu. DHPP berperanan menyebarkan maklumat mengenai PAS dan Islam kepad abukan Islam di dalam negara.

"Orang bukan Islam, macam Cikgu Rashid, hasil dari membangun bersama Islam. Tak masuk Islam tak apa. Tiada paksaan dalam Islam.

"Sebab itu saya mencadangkan DHPP mesti diperkasa. Kita mesti tubuh jabatan hal ehwal bukan Islam," katanya dalam ucapan perbahasan pada muktamar yang diadakan di stadium tertutup di Gong Badak, Kuala Terengganu.

Hassan merujuk kepada Laun Chin Chua, pemimpin DHPP yang dikenali sebagai Cikgu Rashid di kalangan anggota PAS, terutamanya dari Kelantan.

Lau merupakan penyokong tegar PAS dan perjuangan Islamnya.

Hassan juga berkata jabatan baru itu perlu menjalankan program melibatkan bukan Islam. Menurutnya lagi, hal ini mungkin akan mengembalikan sokongan pengundi bukan Islam bagi membawa kemenangan kepada PAS pada pilihan raya umum ke-15 akan datang.

Lihat Komen
ADS