Berita Malaysiakini

PAS beri mandat Majlis Syura Ulama tentukan kerjasama politik

Hariz Mohd  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

MUKTAMAR | Muktamar PAS hari ini sebulat suara meluluskan usul untuk memberi mandat kepada Majlis Syura Ulama membuat keputusan berhubung kerjasama politik baru.

Meskipun usul berkenaan tidak menyebut Umno secara langsung, ia mengulangi seruan beberapa pemimpin PAS dalam ucapan mereka sebelum itu yang menggambarkan hasrat untuk sebuah kerjasama yang menjaga kepentingan Islam.

Usul berkenaan mencadangkan untuk memberi kuasa kepada Majlis Syura Ulama PAS dan kepimpinan pusat memuktamadkan keputusan berhubung langkah yang akan diambil parti itu dalam gerakan pembangkang.

Perwakilan Kota Raja Mohamad Diah Baharom yang mencadangkan usul itu berkata PAS juga digesa untuk tidak mengenepikan kerjasama sedia ada dalam Gagasan Sejahtera bersama Ikatan dan Berjasa sekiranya memutuskan mahu bekerjasama dengan parti lain.

Perwakilan lain, Mustaman Mustain yang menyokong usul berkenaan menggesa pemimpin tertinggi PAS untuk mempertimbangkan situasi politik di Sabah.

The Sandakan Pas information chief told the muktamar that the state party was left alone when other opposition parties in Sabah, including Umno, formed a coalition against the state government led by Warisan.

Ketua Penerangan PAS Sandakan itu berkata parti mereka kini bersendiri di Sabah selepas parti pembangkang lain di negeri itu termasuk Umno menubuhkan pakatan lain bagi berdepan kerajaan negeri yang diterajui Parti Warisan Sabah (WARISAN).

"Apa yang saya ingin katakan di sini ialah, apabila Majlis Syura Ulama atau kepimpinan pusat membuat keputusan tentang peranan PAS dalam pembangkang, tolong jangan lupakan kami Sabah.

"Tolong pertimbangkan situasi unik kami di Sabah.

"Presiden kata sebelum ini dakwah lebih penting daripada politik di Sabah.

"Sekiranya PAS membuat pakatan dengan Umno dan parti lain (di Sabah), ia akan membuka ruang yang lebih luas untuk menyebarkan maklumat tentang Islam di Sabah," kata Mustaman.

[Baca berita asal]