Berita Malaysiakini

PAS tak akan jadi pelampung kemungkaran

N Faizal Ghazali dan Hariz Mohd  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

MUKTAMAR | PAS akan menjadi pelampung kepada sesiapa yang ingin bersama Islam supaya mereka dapat diselamatkan daripada kemungkaran, kata timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, ada kebimbangan di kalangan tertentu berhubung isu kerjasama PAS dengan Umno ekoran isu berkenaan banyak dibangkitkan pada muktamar PAS kali ini.

"Ada yang menyebut (agar) jangan kita jadi pelampung kepada mereka yang melakukan kemungkaran, kemaksiatan, rasuah dan penyelewengan.

"Kita nak tegaskan, PAS tidak akan jadi pelampung kepada kemungkaran, tetapi akan jadi pelampung Islam yang menyelamatkan mereka.

"Kita nak ajak mereka kepada keselamatan dunia dan akhirat," tegasnya pada sesi penggulungan di Kuala Terengganu, hari ini.

[Berita penuh menyusul]