Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Muktamar PAS tolak UEC, mahu sijil sekolah tahfiz diiktiraf

MUKTAMAR | Perwakilan Muktamar PAS ke-64 sebulat suara mengundi menolak cadangan kerajaan persekutuan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang diberikan kepada lulusan pelajar sekolah menengah Cina.

Perwakilan juga meluluskan usul berasingan yang tidak dibahaskan yang menggesa kerajaan mengiktiraf sijil sekolah pondok dan tahfiz.

Usul berhubung sijil sekolah tahfiz dibawa PAS bahagian Lenggong yang berkata pengiktirafan sijil itu bagi kemasukan ke universiti dan mendapatkan kerja penting untuk mengangkat sistem pendidikan Islam.

Usul berhubung UEC pula yang dibawa Sayap PAS Ulama dibahaskan terdahulu di kalangan perwakilan.

Zulkifli Ismail yang mewakili sayap Ulama, berkata pengiktirafan UEC tidak sesuai dengan perpaduan negara dan mendakwa silibus yang digunakan diimport dari China.

"Sistem pendidikan perlu mempunyai elemen memupuk memelihara adan melindungi ciri-ciri keharmonian dan kedamaian rakyat di dalam negara ini.

"Sistem pendidikan seperti itu tidak mungkin melainkan ia lahir dan dirumuskan dengan mengambil kira latar belakang negara ini, sejarahnya, dan sosio budayanya yang unik," katanya.

Zulkifli turut menyifatkan pengiktirafan UEC sebagai sesuatu yang "berbahaya".

"Ia nanti akan melahirkan suatu generasi yang tidak mampu untuk mencapai integrasi nasional sebagaimana sepatutnya sehingga ia menjadi duri dalam daging.

"Ia akan melahirkan generasi yang tak mampu faham sosio budaya rakyat pelbagai kaum dan yang tidak mampu berinteraksi dengan cara terbaik di antara satu sama lain," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS