Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah putuskan Tasek Gelugor kekal milik BN

Mahkamah Pilihan Raya di Pulau Pinang hari ini memutuskan kerusi parlimen Tasek Gelugor kekal milik BN.

Keputusan itu dibuat setelah Hakim Hashim Hamzah membenarkan bantahan awal peguam BN Simon Tan Hong Jin dan Loo Shee Yin berkaitan kelemahan dalam petisyen yang difailkan.

“Mahkamah membenarkan bantahan awal kerana isu teknikal,” kata peguam Rafique Rashid Ali yang bertindak bagi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Senator Marzuki Yahya, yang juga timbalan menteri luar.

Mahkamah juga mengarahkan Marzuki membayar kos RM10,000 kepada anggota parlimen BN Shabudin Yahya.

Marzuki kalah tipis dengan majoriti 81 undi dalam pertembungan tiga penjuru dengan PAS.

Lihat Komen
ADS